Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

(Video) ‘Hebat’ Kedutaan Rusia Perjelas Isu Konflik Dengan Ukraine Dengan Menggunakan Bahasa Melayu

Posted on March 5, 2022 by admin

Guna Bahasa Melayu, Kedutaan Rusia Perjelas Isu Konflik Dengan Ukraine

Kedutaan Besar Rusia di Malaysia melalui sebuah hantaran di laman sosial rasmi tampil menarik perhatian warganet dengan menerangkan pencerahan tentang operasi tentera di Ukraine sekaligus memberi penjelasan sebenar sebab atau alasan Rusia serang negara itu.

Video berdurasi hampir empat minit itu disampaikan oleh Penolong Duta, Pavel Naydenov dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, sebagai usaha memberi pemahaman kepada rakyat negara ini yang rata-ratanya bersimpati ke atas Ukraine.

Untuk pengetahuan, Naydenov merupakan bekas peserta Pertandingan Akhir Pidato Antarabanga Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 yang juga fasih berbahasa Melayu.

“Salam sejahtera, nama saya Pavel, seorang kakitangan Kedutaan Besar Rusia di Malaysia.

“Dalam video ini, saya nak sentuh latar belakang dan alasan atau sebab kenapa Rusia malangnya terpaksa melancarkan operasi tentera di Ukraine,” kata beliau yang turut menekankan keterpaksaan negara itu serang Ukraine.

Latar belakang Rusia sebagai Kesatuan Soviet

Dalam video berkenaan, Naydenov bermula dengan menceritakan latar belakang Rusia sebagai Kesatuan Siviet dan bagaimana keadaan selepas kesatuan itu bubar.

“Mari kita mula dengan latar belakang, lepas Kesatuan Soviet bubar pada tahun 1991, negara Rusia muncul di dunia sebagai negara berasingan.

“Rusia berjaya mengekalkan hubungan baik dengan semua negara-negara lain yang juga pernah menganggotai Kesatuan Soviet dahulu,” ujar Naydenov.

Pun begitu, hubungan diplomatik Rusia dengan Ukraine selepas Kesatuan Soviet bubar dikatakan tidak semulus hubungan dengan negara lain yang sebelumnya bergabung di bawah kesatuan sama.

“Malangnya perkembangan hubungan dengan Ukraine berjalan agak susah.

“Sejak pertengahan tahun 2000-an, Ukraine didirikan sebagai negara anti-Rusia, ini menjadi ideologi rasmi negara tersebut,” jelas beliau.

Pertubuhan Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk

Menurut kakitangan kedutaan itu, penolakan ideologi anti Rusia oleh sebahagian rakyat Ukraine telah membentuk Republik Rakyat yang menentang ideologi berkanaan.

“Bukan semua penduduk Ukraine terima ideologi ini, tetapi mereka yang menentang ditindas kejam, khususnya selepas rampasan kuasa di Ukraine pada tahun 2014.

“Sebab itu, Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk muncul.

“Republik itu menyuarakan mereka tidak setuju dengan rampasan kuasa oleh rejim yang hampir Neo-Nazi dan mahu memasuki Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),” Naydenov menerangkan.

Bercakap tentang NATO yang diketuai Amerika Sayrikat (AS), pertubuhan tersebut masih terus berkembang walaupun tanpa Kesatuan Soviet.

“Tujuan NATO adalah mengekang Kesatuan Soviet.

“Walaupun selepas Kesatuan soviet tidak lagi wujud, AS tetap teruskan NATO yang semakin meluas dan mendekati sempadan Rusia.

“Demikian, jika ditanya negara mana menjadi sasaran baharu NATO, jawapan agak jelas. Kemudian AS dan NATO terus membina pengkalan tentera yang baharu di Eropah dan di seluruh dunia,” kata beliau.

Rusia hanya mahu jaminan keselamatan

Menurut Naydenov, AS telah membina lebih dari 1,000 seribu pengkalan tentera di lebih kurang 50 negara dan ia membangkitkan rasa bimbang negara Rusia.

“Rusia mahu satu tindakan sahaja, tindakan itu adalah jaminan keselamatan negara.

“Jaminan kereta kebal da peluru berpandu NATO tidak ada di sempadan kami kerana ini adalah ancaman langsung kepada Rusia.

“Lebih kurang 10 hari lalu, Presiden Ukraine tegas bahawa Ukraine boleh tarik diri daripada satu perjanjian yang menentukan Ukraine tidak boleh ada senjata nuklear,” ujar Naydenov.

Rusia berdukacita atas kehilangan rakyat Ukraine

Naydenov mengaku turut berasa sedih dengan persaudaraan dua negara jiran itu yang kian renggang kerana perbezaan ideologi.

“Ini sangat sedih kerana bangsa Rusia dan Ukraine adalah saudara dan persaudaraan itu akan kekal selama-lamanya.

“Namun rejim semasa di Ukraine menganggap kami bukan saudara.

“Menyedari hal itu, pihak Rusia tak boleh tolak permintaan rasmi dari Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk yang diiktiraf oleh Rusia pada 21 Februari supaya mempertahankan nyawa penduduk,” jelas Naydenov.

Tambahnya, pihak Rusia turut berdukacita dengan rakyat Ukraine yang kehilangan ahli keluarga disebabkan ketegangan dua negara itu.

“Pihak kami berharap dengan seluruh hati kami, dalam masa terdekat semuanya akan jadi normal dan kedamaian yang kita cari akan datang ke tanah Ukraine.

“Pihak kami juga ingin mengcapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban,” katanya mengakhiri ucapan tersebut.

Sumber Dan Rujukan

Siakap Keli

Share this:

Related posts:

  • Kucing Yang Berwajah Sedih Dan Kulitnya Jatuh, Siapa Sangka Sebenarnya Kucing Ini Menghidap Sejenis Penya’kit

  • Terpe’lanting Ke Luar Rumah Akibat Letu’pan Yang Disebabkan Kebo’coran Saluran Gas, Badan Lelaki Me’lecur Te’ruk

  • Cleaner Kacak Viral Disangka Ejen Perisik, Netizen Puji Ada Potensi Jadi Model

  • Patutlah Ramai Suka Tanam Pokok Bunga Telang Ini, Ternyata ini 19 khasiatnya yang luar biasa

  • (Video)Kisah Persahabatan Antara Dua Ekor Camceng Haiwan, Berpakat Sama-sama Cari Tikus Tuk Dijadikan Makanan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Demi Mencari Rezeki, Zamani Tak Malu Jua…
    May 26, 2022
  • Nak Hidup Tenang Tanpa Berhutang Kereta …
    May 26, 2022
  • Nak Mudah Simpan Duit, Lelaki Ini Kongsi…
    May 26, 2022
  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme