![[VIDEO] ‘Kita Kena Reda & Sabar, Apa Yang Terjadi Adalah Perkara Yang Tak Dijangka’ – Fattah Amin 2 FattahAminRedaDenganApaBerlaku1 630x388 1](https://www.padumedia.com/wp-content/uploads/2024/10/FattahAminRedaDenganApaBerlaku1-630x388-1.jpg)
Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian apabila membuat kemunculan dengan melakukan sesi siaran langsung di TikTok selepas seminggu sah bercerai dengan bekas isteri, Nur Fazura Sharifuddin.
Terharu dengan sokongan peminat
Menerusi sesi siaran langsung tersebut, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin berkata, tujuan dirinya melakukan sesi siaran langsung kerana ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh peminat.
Tujuan saya buat sesi siaran langsung ini sebab nak bersembang dengan korang (peminat) dan ucapkan terima kasih pada korang.
Saya sebenarnya sangat terharu dengan sokongan yang diberikan anda.
Ketika ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini, pelakon filem ‘Pendekar Awang: Darah Indera Gajah’ menyatakan dia reda dengan apa yang telah berlaku.
Apa dah jadi ini semua adalah perkara yang kita tak jangka.
Jadi, kena reda dan sabar dengan apa yang telah terjadi.
Dapat berjumpa Fatima
Berkongsi mengenai keadaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya, Fattah memaklumkan dia sempat berjumpa dengan anaknya pada Jumaat dan bercadang mahu keluar bersama pada Ahad.
Walau bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat diteruskan kerana keadaan kesihatan Fatima yang kurang baik.
Susulan itu, pelakon berusia 34 tahun ini meminta wargamaya yang menonton untuk mendoakan agar anaknya itu kembali sembuh.
Sekarang ini Fatima tak sihat, dia demam jadi doakan supaya anak saya cepat sembuh. Semalam (Jumaat) saya sempat tengok dia sekejap, kesian dia.
Saya baru ingat nak bawa dia jalan-jalan esok (Ahad) tapi tak dapat sebab dia masih tak sihat.