KLANG – [DIKEMAS KINI] Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai
dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada dua tahun lalu.
Hakim, Noridah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Ketika membaca keputusan, beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti keterangan semua
dan pembelaan.
Menurutnya, mahkamah juga mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesnya terhadap Azman.
“Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan berkenaan.
“Susulan itu, bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan satu sebatan bermula jatuh hukum sementara pertuduhan kedua 12 tahun penjara dan satu sebatan selepas selesai menjalani hukuman pertama,” katanya.
Mahkamah turut memerintahkan pelakon itu menjalani kaunseling di penjara, selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh selepas selesai hukuman.
Sebelum hakim menjatuhi tertuduh hukuman itu, mahkamah turut mendengar pernyataan impak mangsa yang dibacakan oleh jurubahasa.
Antara kandungan pernyataan itu ialah, akibat kejadian itu, mangsa kini mengalami trauma berpanjangan selepas kejadian ‘hitam’ itu malah keluarganya malu untuk berdepan dengan masyarat dan saudara-mara.
Semasa rayuan terhadap hukuman, peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili tertuduh berkata pihaknya memohon hukuman pemenjaraan pada kadar minimum kerana tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Tertuduh seorang pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat antaranya beliau memberi motivasi dan kelas kuliah agama serta memberi ajaran kepada anak muda khususnya untuk celik al-Quran.
“Selain itu, tertuduh menjadi anatra penyumbang utama dalam keluarga serta banyak membantu keluarga yang susah,” katanya dan menambah anak guamnya yang telah bercerai tidak mempunyai anak.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Izzati Mohamad berkata, hukuman berat perlu diberikan dengan mengambil kira keseriusan kesalahan jenayah seksual yang dilakukan tertuduh.
“Satu hukuman berat dapat memberikan pengajaran bukan sahaja pada tertuduh namun kepada masyarakat agar tidak melakukan perbuatan amang seksual terutamanya kepada kanak-kanak,” katanya.
Selain Nurul ‘Izzati, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ Ayuni Jamri dan Zahida Zakaria.
Turut hadir peguam Norhayati Johar dan Saphirra Selamat dari Jabatan Bantuan Guaman Selangor selaku pendamping guaman bagi mangsa.
Untuk rekod, Azman turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan berkaitan seksual iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua di Shah Alam dan masing-masing satu di Mahkamah Majistret Klang serta Ampang.
Pada 26 Disember 2023, Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan dua pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja itu di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Azman yang turut dikenali sebagai Cik Man turut berdepan sembilan pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.