
Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkongsi momen sebak ketika berjumpa dengan aktor, Que Haidar selepas lebih sedekad tidak bertegur sapa disebabkan ada insiden yang berlaku.
Saling bermaafan
Mengakui gagal menahan rasa sedih, Afdlin berkata, dia amat merindui untuk bekerjasama semula dengan Que yang disifatkan sebagai salah seorang pelakon hebat.
Lama tak berbual dengan Que. Sebab ada insiden yang sekarang ini kita boleh lupakan. Rindu nak kerja dengan Que fasal abang (panggilan Afdlin) percaya dia adalah antara pelakon lelaki terbaik di Malaysia.
Sangat versatile dan sangat dynamic. Perjumpaan hari itu di rumah Imilya bukan kali pertama tapi sebak di dada tak dapat dibendung kerana rasa macam ruginya kita tidak berbual selama sedekad lebih.
Afdlin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di TikTok.
Tambah Afdlin, mereka sudah saling bermaafan dan melupakan sengketa yang berlaku sebelum ini. Bagaimanapun, Afdlin tidak memperincikan insiden tersebut sehingga membuat mereka tidak saling bertegur sapa.
Kami saling bermaafan dan harapan abang ini adalah permulaan baru untuk kami. Love you Que.