Tak benar menginap di luar punca wanita PaI3stln buat kecoh di Wisma Transit
Menerusi laporan tular yang dikongsi, perkara itu tercetus selepas pasukan keselamatan yang menjaga warga PaI3stln terbabit tidak membenarkan salah seorang wanita untuk menginap di luar.
Susulan itu, wanita terbabit yang tidak berpuas hati telah membuat kekecohan di hadapan Balai Pengawal WTKL bersama keluarga dan rakan-rakannya.
“Kejadian tersebut telah disedari dan telah diredakan oleh Pegawai Bertugas tersebut. Pegawai Bertugas juga meminta warga PaI3stlnn yang terlibat untuk beredar dari kawasan berkenaan,” tulis laporan itu.
Warga PaI3stln mengamuk sampan pecahkan pasu dan rosakkan hiasan di lobi utama WTKL
Dalam laporan sama, kesemua warga PaI3stln yang berada di sana kemudiannya masuk semula ke lobi utama WTKL dan membuat kekecohan selain didakwa bertindak mengamuk dengan memecahkan pasu serta merosakkan hiasan yang ada di kawasan berkenaan.
Kejadian juga cuba diredakan oleh pegawai bertugas namun salah seorang daripada warga PaI3stln didakwa telah bertindak membaling selipar ke arah pegawai berkenaan selain Wakil Kedutaan Palestin juga turut hadir serta cuba menyuraikan kekecohan tetapi tidak berjaya.
“Pasukan akan sentiasa memantau pergerakan warga PaI3stln dan mengelakkan sebarang konfrantasi,” jelas laporan itu lagi.
Ini bukan warga PaI3stln biasa, tapi golongan T20 – Iesya Toh
Dakwa Iesya, wanita berkenaan sebenarnya seorang warga PaI3stln golongan T20, dia sebenarnya mahu menginap di luar dan bukan di WTKL.
Malah, Iesya mendakwa kumpulan warga PaI3stln ini juga enggan menjamah makanan yang disediakan, sebaliknya sanggup memesan makanan dari luar.