Ini perkongsian tips untuk anda cuba kekalkan saiz sotong sebelum masak dan selepas masak. Bukan itu sahaja, sotong pun tak hanyir dan tak liat dimakan.
TIPS SOTONG TAK MENGECUT BILA MASAK
Saya tak ada ikan nak buat laksa, ada sotong je nak masak untuk malam nanti. Ambik ni petua nak bagi sotong tak mengecil saiznya bila dimasak. Mula-mula siang sotong buang semua tulang sotong lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu supaya sng nanti takde la badan ke lain kepala ke lain. Rebus sotong 5-8minit bersama keping asam keping. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak la nanti masa beli besar sotongnya..bila masak kecik jadinya.
1. Masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong. Boh asam keping
2. Rebuskan. Dah cukup 5-8 minit tutup api.
3.Lepas tu toskan. Boleh la dimasak.. hasilnya sotong tak hanyir..saiz maintain tak mengecut lagi bila dimasak dan yang paling penting kepala sotong elok terlekat kat badan sotong.
Mudah sahaja tipsnya. Selepas ini kalau nak masak menu berasaskan sotong, anda boleh cuba cara ini supaya sotong tak mengecut dan liat bila dimakan!
Sumber: Zin Rose Perodua
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: