Sebagai guru yg mengajar Tahun 6 more than 25 years, akak tak setuju UPSR dikembalikan, Tak Sangka Ini Sebabnya

Sebagai guru yg mengajar Tahun 6 more than 25 years, akak tak setuju UPSR dikembalikan. ❌️

Yang suruh kembalikan UPSR ni 3 jenis je.

1. Kalau dia cikgu – maksudnya dia malas buat PBD. Dia nak UPSR sebab senang, humban je mock questions, latih tubi, soalan spot and what not kat budak-budak up to 6 months until UPSR. Kalau tanya dia pasal PBD konfem kelaut sebab dia takde effort nak paham PBD apatah lagi nak buat.

Manakala PBD ni kena sit down, analyze setiap murid. Tailor made the lesson for individual, for group, for class. Contohnya, kalau murid tu seorang yang tak suka certain method, cikgu kena bagi dia method lain tapi setara supaya dia boleh unleash the potential.

PBD kena scrutinise strength/weakness setiap murid. Kena observe growth n milestone murid. Dan observation ni kena ada proof (evidence) dan didokumentasikan. Bukan sekadar pandang muka n tenyeh markah macam zaman dulu.

2. Kalau dia orang awam – dia tak tau pun apa punca PBD menggantikan UPSR, dia tak faham pun bgmn PBD berfungsi, tapi sibuk nak bagi pendapat yg bila kita baca kita tau dia clueless. Masalahnya yg sokong pendapat dia pun clueless. Ramai plak tu. Sangat menyedihkan.

3. Dia ialah taik politik – jenis ni elok pupus je tak kira la side mana. Tolong jangan seret isu UPSR/PBD dalam kancah politik.

——————

PBD sounds like a lot of work. Indeed. Tapi selaku guru yg pernah remuk hati melihat murid kelas belakang ‘tertinggal’ semasa 6 bulan, 3 bulan terakhir masa zaman UPSR dulu, akak taknak tengok dah UPSR ni kembali. Enough is enough.

Budak kelas belakang lambat menguasai 3M tapi disuruh jawab kertas exam UPSR. Gila. Sedangkan dalam tempoh 6 bulan terakhir tu pelbagai intervensi dapat diberikan kepada murid lemah ni utk menguasai 3M instead paksa mereka untuk ‘hafal dan muntah’ format UPSR.

Dalam pendidikan, kita taknak left behind sesapa pun.

Apa yang diperlukan sekarang ialah tambah baik PBD dari masa ke semasa sahaja.

PBD ialah platform dimana murid cemerlang boleh terbang tinggi setingginya, the sky is the limit..dan dalam masa yg sama hak murid lemah tidak di-nafikan atau berkurang. PBD la sebenarnya yang ampuh untuk memperkasa 3M.

Kongsian Rara Kirana