” Seronoknya diratukan Suami sendiri..” Baru Beberapa Bulan kahwin Mr E buat kejutan Lagi Buat Isteri Tercinta…Hadiahkan pelbagai brg Mewah .. tgk no5 dia Sorang je Ada Di Malaysia…

Kisah Disebalik Sepohon Emas & Anggaran Harga, Mas Kahwin Untuk Erra Fazira Dari Suami

Ramai yang teruja,  dan jujurnya, terus tertanya bila melihat mas kahwin “sepohon emas” yang diterima Erra pada majlis pernikahannya bersama Ezwan Zain pagi tadi. Dengan hanya sekali lafaz, Ezwan, 44, yang merupakan seorang ahli perniagaan, sah bergelar suami kepada Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, primadona filem Melayu.

Generasi muda mungkin ingat ia sekadar hiasan moden, tetapi sebenarnya “bunga emas” memegang simbol sejarah yang sangat kuat dalam dunia Melayu lama.

Hadiah diplomatik

Kalau imbas kembali abad ke-19, bunga emas adalah hadiah diplomatik yang dihantar oleh empat negeri, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada kerajaan Siam. Ia bukan sekadar pemberian, tetapi lambang hubungan persahabatan dan bentuk perlindungan politik. Penghantaran dilakukan melalui jalan darat atau laut, menjadikannya antara tradisi paling signifikan dalam hubungan dua kerajaan ketika itu. Jadi apabila Erra menerima sepohon emas, ia membawa aura tradisi yang jarang dilihat pada majlis perkahwinan moden hari ini.

Harga Bukan Biasa Biasa…

Tentang harga pula, ramai yang terkejut kerana pohon emas tersebut mengandungi 24 keping dinar emas dengan berat keseluruhan 102 gram. Di Public Gold, 1 dinar (4.25g) berharga sekitar RM2,597, menjadikan anggaran keseluruhan bernilai kira-kira RM62,328.

VIA Public Gold

Jika dikira ikut harga per gram pula (sekitar RM612 per gram bagi emas 24K), jumlahnya tetap lebih RM60,000. Ini belum termasuk kos kerja seni untuk membentuknya menjadi sepohon emas yang biasanya menambah nilai beberapa ratus hingga lebih seribu ringgit. Pendek kata, ini bukan sekadar mas kahwin, tetapi aset mewah yang nilainya setanding sebuah kereta EV compact.

Selain sepohon emas, Erra turut menerima mas kahwin bersama set barang kemas, tas tangan, jam tangan serta kasut yang disusun cantik di atas talam. Segalanya melengkapkan detik ijab kabul yang berlangsung tepat jam 9.19 pagi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang. Erra Fazira kini sah menjadi isteri kepada jejaka pilihannya, Ezwan Zain atau “Mr E”, dalam suasana sederhana namun penuh makna.

Majlis nikah yang elegan, hantaran tradisi yang kaya simbolik, dan pasangan yang sama cantik sama padan  tidak hairanlah nama Erra menjadi sebutan seluruh negara hari ini. Selamat pengantin baru buat Erra & Ezwan