Allahu doktor sudah buat yg terbaik. Isteri mohon doa ramai, Along Eyzendy mungkin akan ‘pergi’ jika

Allahu doktor sudah buat yg terbaik. Isteri mohon doa ramai, Along Eyzendy mungkin akan ‘pergi’ jika…

“Keadaan Along semakin merosot dan tekanan darah juga sudah menurun.”

Demikian perkongsian Hamidah Mohd Yatim mengenai keadaan terkini suaminya yang juga pelakon, Along Eyzendy, yang dilaporkan berada dalam fasa kritikal.

Hamidah memaklumkan, meskipun keadaan pelakon berusia 47 tahun itu masih sama seperti semalam, namun secara keseluruhannya tahap kesihatan Along dilihat semakin membimbangkan.

Menurutnya, pihak hospital sudah menjelaskan semuanya bergantung sepenuhnya kepada kekuatan dalaman Along sendiri untuk bertahan.

“Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Doktor memaklumkan sekiranya jantung terhenti secara tiba-tiba, mereka tidak akan melakukan bantuan pernafasan (CPR),” katanya.

ALONG MUNGKIN AKAN ‘PERGI’ JIKA TAK MAMPU BERTAHAN…

Bagaimanapun, Hamidah menjelaskan pihak perubatan masih tidak berputus asa dan berusaha memberikan rawatan terbaik.

“Doktor masih berusaha dan tidak menghentikan pemberian ubat-ubatan, rawatan itu masih diteruskan.

“Namun, sekiranya Along sudah tidak mampu bertahan lagi kerana keletihan dan kesakitan yang dialami, dia mungkin akan ‘pergi’.

“Jika dengan izin Allah ada keajaiban, Insya-Allah Along akan dapat bertahan,” katanya.

Terdahulu, berita mengenai kemerosotan kesihatan pelakon itu mula tular dan mendapat perhatian rakan artis serta peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhannya.

Hamidah turut berkongsi luahan di mana pihak doktor telah menghubungi ahli keluarga terdekat bagi memaklumkan bahawa mesin akan dicabutkan dalam masa terdekat.

Sumber:harian metro dan era