“Mungkin Dorang dh Berdamai dgn takdir… Anak pun dh besar..” Pernah diceraikan Talak 3 Semasa mengandung… Rmai sedih Lihat Siti & Aiman BesarKan Anak sama2

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini mengesahkan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, sah bercerai dengan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudug, 22, lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Syarie Fairus Jaafar mendapati plaintif telah melafazkan talak satu sebanyak tiga kali, termasuk ketika siaran langsung di aplikasi TikTok empat bulan lalu.

Menurut hakim, talak pertama berlaku pada 17 Mac, manakala lafaz kedua dibuat ketika siaran langsung di TikTok sekitar jam 1.31 pagi pada 15 Mei. Tidak lama kemudian, plaintif sekali lagi melafazkan perceraian dengan menyebut:

“Aku orang kampung sanggup dipijak tapi sekarang, aku tak boleh diam.”

Mahkamah mentafsirkan talak pertama dan kedua sebagai satu talak rajie, sementara lafaz ketiga dikira sebagai talak bain kubra, menjadikan perceraian itu muktamad.

Kredit: Sinar Harian