Ank saudara dedahkan satu persatu kenapa dan ke mana Azar Azmi menghilang

Pelakon yang sudah lama menghilangkan diri, Azar Azmi kembali hangat diperkatakan selepas dia dan suami ditahan polis susulan kes penipuan penjualan tanah berjumlah RM1.5 juta.

Meskipun media arus perdana tidak menyebut nama Azar Azmi, namun pendedahan mangsa yang berkongsi gambar kad pengenalan jelas menunjukkan penglibatan pelakon terbabit.

Sebelum itu, kehilangan Azar Azmi dalam pentas seni tanahair secara tiba-tiba juga cukup misteri.

Memetik laporan artikel oleh Oh My Media bertarikh 5 Februari 2025, seorang individu yang mempunyai tali persaudaraan dengan pelakon itu berkongsi maklumat penting.

Individu dipercayai anak saudara kepada pemilik nama Siti Azar Ameerah Azmi itu telah memuat naik fotonya bersama aktres tersebut di platform TikTok pada Februari 2025.

“Dia mak cik saya yang paling ting tong,”tulis pengguna TikTok dikenali ri3120.412.

RESIGN BERLAKON KERANA MAHU TUMPU PADA BISNES

Menurut individu tersebut, Azar tidak mahu lagi bergelar seorang aktres, sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap dunia perniagaan.

“Dia ada je, tapi dia dah resign jadi aktres.

“Dia nak fokus bisnes sahaja sebab setakat ini keluarga pun tak tahu dia buat apa kerana kehidupannya sangat privasi. Tetapi dia baik-baik sahaja.

“Dalam keluarga dia yang paling ‘masuk air’ dan paling extrovert.

“Tapi insyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon.

“Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul,”jawabnya kepada beberapa warganet yang tidak henti meninggalkan soalan mengenai perkembangan semasa aktres berkenaan.

Individu berkenaan turut menafikan dakwaan mengatakan aktres berkenaan sudah mendirikan rumah tangga, ketika perkongsian dinaikkan pada Februari 2025 itu.

Terdahulu, kehilangan Azar sejak Mei tahun 2022 mencetuskan tanda tanya termasuk rakan selebriti yang mendakwa turut gagal menjejaki atau menghubunginya.

Sumber: ohmymedia