Betul-betul puas hati dengar Kamal Adli sound Coach Cerai, setepek ayat dia bagi..
Kamal Adli bengang dengan tindakan Uqasha Senrose yang dianggap agak melampau.
Dia juga mempersoalkan kenapa Uqasha Senrose yang masih isterinya yang sah enggan berjumpa dengannya sebaliknya berjumpa dengan coach cerai untuk meluahkan segala masalahnya.
“Kalau kau tak puas hati dengan aku, kau patut jumpa dengan aku, sebab kau masih isteri aku lagi.
“Kau tak payah cerita dekat coach cerai, entah dari mana datangnya, dah panjang pun dia duduk dengan orang tu.
“Dan coach cerai itu, setiap kali dia datang [ke mahkamah bersama Uqasha ], tak pernah pula dia bersemuka dengan aku.
“Kau [coach cerai] cuma dengar cerita pihak sebelah sana sahaja, datanglah jumpa aku. Aku sentiasa ada bersedia nak jumpa kau. Kenapa kau lari? Kau pergi cerita dengan podcast.
“Saya minta maaf sebab saya dah pendam terlalu lama. Saya bukan nak burukkan sesiapa. Dan masih lagi saya tidak buka aib isteri saya ya.
“Cuma saya rasa benda ini sudah melampau.
“Saya teremosi bukan sebab apa, tetapi kerana saya terlalu banyak terkena. Namun saya tetap hadirkan diri hari ini.
“Ada tak saya lafazkan cerai? Tak ada! Sayaa masih tak lafazkan cerai.
“Saya cuba ikut prosedur. Dan jangan risau, kerana akhirnya, kalau Allah kata bukan, maka bukanlah, kalau Allah kata putus, putuslah. Itu sahaja.”
