Dr Afifah pun ada hak nak bersuara, ibu mana yang sanggup tengok anak kena macamtu..

Dr Afifah Pertimbang Lapor Polis Isu Bibik Cium Bibir Anak

KUALA LUMPUR, 15 Disember — Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mempertimbangkan untuk membuat laporan polis susulan penafian bekas suaminya berhubung dakwaan pembantu rumah mencium bibir anak mereka ketika berada di hospital.

Dr Afifah berkata, insiden tersebut disaksikan sendiri olehnya dan perkongsian yang dibuat di media sosial adalah secara spontan kerana bimbang akan kesihatan anaknya yang sedang dirawat akibat jangkitan paru-paru.

Menurutnya, sebagai seorang ibu dan doktor, tindakan menegur perkara tersebut adalah wajar kerana ia melibatkan aspek kebersihan dan keselamatan kesihatan kanak-kanak, meskipun pembantu rumah terbabit mempunyai hubungan rapat dengan anaknya.

Sementara itu, Nubhan tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mendakwa kejadian tersebut tidak berlaku kerana ramai individu berada di lokasi ketika itu.

Dr Afifah memaklumkan, beliau masih menilai keperluan untuk membuat laporan polis dan keputusan itu bergantung kepada bukti serta keadaannya yang kini memberi tumpuan penuh kepada rawatan anak.

Untuk rekod, Dr Afifah dan Nubhan telah bercerai dengan talak dua pada 2 Disember lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak.