Dr. Fadzilah Kamsah tak petik nama siapa2 pun, sekali Kamal Adli komen..beribu like

Dr. Fadzilah Kamsah tak petik nama siapa2 pun, sekali Kamal Adli komen..beribu like we

Pakar motivasi terkenal Dr. Haji Fadzilah Kamsah menulis di Threads beliau tentang sifat-sifat seorang suami yang berjuang demi rumahtangganya.

Antara yang ditulis beliau adalah;

“Air muka seorang suami yang betul-betul berjuang untuk keharmonian rumahtangganya, takkan pernah menipu.

“Ia terpancar dari raut wajah, ketegasan kata-kata dan peribadi yang teguh.

“Lelaki ini adalah:

“1.Apabila diuji, dia tidak segera mengalah. Dia cuba memahami, bukan melawan. Dia bertanya apa yang kurang, bukan terus menuding jari apa yang salah.

“2.Dia lebih banyak berdiam bukan kerana dia tiada hujah, tetapi kerana dia memilih menjaga maruah isteri dan masa depan anak-anak.

“3.Dia belajar memisahkan ego dengan amanah. Boleh sahaja dia berkata, “Cukuplah tu.” Tetapi amanah sebagai suami dan ayah membuatkan dia cuba fight pertahankan lagi.

“4.Dia tidak buka cerita simpati. Luka disimpan, air mata ditelannya sendiri. Kerana dia tahu, tidak semua kebenaran perlu dibuka luas-luas. Ada aib yang perlu di ikat kemas.

“5.Dan akhirnya, lelaki begini faham satu hakikat besar iaitu mempertahankan keluarga bukan jaminan segalanya akan kekal,
tetapi…

“semua itu akan dipersoalkan Allah tentang usahanya menyelamatkan masjid yang terbina indah.

“Anak cucu sekalian,
“Tidak semua yang berdiam itu kalah. Ada yang sedang berperang dalam hati, demi sebuah keluarga yang hampir runtuh tetapi masih terus cuba untuk menyelamatkannya..” tulisnya.

KAMAL ADLI DATANG KOMEN

Siapa sangka perkongsian Dr. Fadzilah Kamsah itu mendapat respon dari pelakon Kamal Adli.

“Hebat perkongsian ni 🙏🏼 Allahu..” tulis Kamal Adli.

Menariknya, komen Kamal Adli itu lantas meraih perhatian warganet sehingga mendapat 3.8 ribu tanda suka.

“Dia (Dr. Fadzilah Kamsah) tuju kat awak tu.. semoga kembali bahagia, insyaAllah..” tulis seorang warganet.

“Respect dgn Kamal Adli sampai hari ini masih simpan aib isteri” tulis seorang lagi warganet.

Sumber: threads dan asiakini