Hmmm sedihnya baca perkongsian netizen…Macam arwah ayah min, dia cakap jangan beli baju baru dekat dia sebab tak sempat pakai

Hmmm sedihnya baca perkongsian netizen…Macam arwah ayah min, dia cakap jangan beli baju baru dekat dia sebab tak sempat pakai

Anak Amyza Aznan, Ini Ayat Pelik Orang Sebelum Meninggal

Sejak kebelakangan ini, satu perkongsian menyentuh hati di Threads kembali menjadi perhatian ramai apabila pelakon terkenal, Amyza Aznan, berkongsi detik akhir bersama arwah anaknya.

Namun apa yang lebih meruntun jiwa bukan sekadar kehilangan itu, tetapi ayat-ayat terakhir yang disebut sebelum pemergian insan tersayang, yang ketika itu dianggap ‘merepek’, rupa-rupanya menjadi petanda perpisahan buat selamanya…

“Ada spek kat bawah tu…”- Kata-Kata Akhir Anak Amyza Aznan Dianggap Merepek Namun Itu Tanda…
amyza aznan
Foto: Dalam kenangan, Amyza Aznan bersama arwah anaknya.

Menerusi satu perkongsian tular, seorang pengguna meluahkan rasa sebaknya apabila membaca semula momen dikongsikan Amyza. Katanya, ketika arwah anak pelakon itu menyebut “ada spek kat bawah tu” seolah-olah melihat sesuatu yang tidak wujud, hatinya sudah terdetik rasa tidak sedap.

Pengguna tersebut turut berkongsi pengalaman peribadi. Beberapa jam sebelum kakaknya meninggal dunia di hospital, arwah tiba-tiba berkata:

“Banyaknya bunga kat kaki ni, ambiklah.”

Sedangkan ketika itu, mereka berada di hospital dan langsung tiada bunga di situ. Tidak lama selepas itu, arwah nazak dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

WARGA MAYA TURUT KONGSI PENGALAMAN KEHILANGAN ORANG TERSAYANG..
Seorang lagi pengguna, @qisses, turut berkongsi pengalaman hampir sama. Katanya, beberapa jam sebelum arwah suaminya meninggal dunia, mereka dalam penerbangan dari Jeddah ke Malaysia. Tiba-tiba arwah bertanya:

“Nanti kita sampai nanti, warna apa?”

Soalan itu membuatkannya terpinga-pinga. Warna apa? Apa yang berwarna? Puas ditanya semula, namun jawapannya tetap tidak difahami. Arwah kelihatan kecewa kerana isterinya tidak memahami maksud pertanyaan tersebut. Rupa-rupanya, itu antara kata-kata terakhir sebelum suaminya pergi buat selamanya.

Pempengaruh media sosial, @ceddyornot, turut berkongsi kisah menyayat hati tentang neneknya. Tiga hari sebelum meninggal dunia, neneknya masih sihat, malah sempat memasak sup kegemarannya, resipi istimewa yang menurutnya tiada siapa mampu menandingi rasa tersebut.

Selepas menghidangkan sup, neneknya duduk di sebelah dan berkata:

“Seronoknya tengok you enjoy masakan nenek. Tapi nenek risau sebab kalau nenek dah pergi, siapa nak masak sup ni untuk you?”

Ketika itu, dia terus menegur agar neneknya tidak bergurau tentang kematian dan mendoakan agar nenek panjang umur. Namun tiga hari kemudian, neneknya meninggal dunia secara mengejut.

Kebetulan atau petanda?

amyza aznan
Perkongsian-perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai yang mengakui pernah melalui pengalaman hampir sama — insan tersayang menyebut sesuatu yang sukar difahami, seolah-olah melihat atau mengetahui sesuatu yang orang lain tidak nampak.

Ada yang menganggap ia sekadar kebetulan, mungkin kesan kesihatan atau halusinasi ketika tubuh semakin lemah. Namun ada juga yang percaya ia adalah “petanda” bahawa ajal sudah semakin dekat.

Apa pun tafsirannya, satu perkara yang pasti adalah detik-detik terakhir bersama insan tersayang adalah momen paling berharga. Kadang-kadang kita hanya menyedari makna di sebalik kata-kata itu selepas mereka tiada.

Semoga setiap yang kehilangan diberikan kekuatan dan ketabahan. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi mendahului kita.

Sumber: Threads @fiend_baby94