Imegresen Arab dedah sesuatu tentang pergerakan pelakon Nadia Kesuma..😱⬇️
PETALING JAYA: Pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang sebelum ini di Arab Saudi dikesan telah keluar daripada negara tersebut.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berdasarkan rekod keluar masuk daripada pihak imigresen Arab Saudi selepas pencarian dilaksanakan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di Arab Saudi Katanya, laporan polis akan dibuat susulan daripada rekod keluar masuk berkenaan. “Beliau (Nadia) pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod…
Katanya, laporan polis akan dibuat susulan daripada rekod keluar masuk berkenaan.
“Beliau (Nadia) pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod menunjukkan bahawa Nadia telah keluar dari Arab Saudi
“Justeru laporan polis akan dibuat selepas 20 jam proses pencarian dilakukan dengan mengikup prosedur operasi standard prosedur (SOP),” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadia Kasumawati Abdul Karim berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi pada 15 Januari lalu kira-kira pukul 12.30 pagi.
Beliau dilaporkan hilang selepas ahli keluarga gagal menghubunginya dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Nadia yang pernah membintangi filem Syaitan Munafik sebelum ini gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz semasa menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris bersama seramai 21 orang jemaah lain.
Beliau yang juga merupakan ibu kepada empat cahaya mata itu mempunyai tiga anak berusia antara 11 hingga 15 tahun bersama Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah serta seorang anak perempuan berusia 25 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini. – UTUSAN
