Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

“Janngan Terlampau Komen” Isu Adik Bella,Hakim Beri Amaran Kepada Natizen

Posted on April 21, 2022 by admin

Isu adik Bella, Hakim beri amaran kepada netizen – “Jangan terlampau komen”

Sejak prosiding kes penganiayaan seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali Bella, berlangsung, warganet semakin rancak dan ‘berlagak’ arif mengenai isu tersebut.

Ia dapat dilihat pelbagai spekulasi, dakwaan dan dokumen daripada kes perbicaraan tersebut tersebar di media sosial.

Hakim minta netizen bertenang

Ekoran itu, Mahkamah Sesyen pada hari ini meminta dan mengingatkan kepada warganet untuk bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai prosiding kes tersebut.

Menurut Hakim Izralizam Sanusi, peringatan tersebut adalah bagi mengelakkan perjalanan perbicaraan kes remaja perempuan berusia 13 tahun itu terjejas.

Tambahnya, ia dibuat selepas terdapat pihak pendakwaan menaikkan isu kepada mahkmah bahawa warganet masih membuat hantaran di platform media sosial.

Mahkamah akur hak rakyat

Walau bagaimanapun, Hakim Izaralizam mengatakan pihak mahkamah akur bahawa rakyat di negara ini mempunyai hak kebebasan bersuara.

Tetapi, haruslah diingatkan bahawa tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mana-mana individu yang melampaui batas.

Jangan buat komen berunsur fitnah

Selain itu, beliau memberikan amaran kepada orang ramai, terutamanya yang menghadiri prosiding di galeri awam supaya tidak membuat komen-komen berbaur fitnah, subjudis atau menghina mahkamah.

Beliau juga mengingatkan kepada pihak pendakwaan dan pembelaan agar tidak menyebarkan sebarang dokumen yang dirujuk di mahkamah dengan memuat naik semula di media sosial.

“Jangan melampau, simpan sahaja komen-komen itu, jangan sebar kenyataan dan dokumen mahkamah semata-mata mahu mahu dapatkan pengikut (followers).”tegas Hakim.

Netizen diminta hormat keputusan mahkamah

Di samping itu, Hakim turut mengatakan bahawa sebelum ini Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad sudah memberi amaran, namun ia seolah-olah diendahkan.

Ini jelas dilihat apabila terdapat komen-komen yang dibuat masih berleluasa sehingga kini.

Oleh itu, beliau meminta jasa baik semua orang bagi menghormati prosiding kes tersebut kerana mahkamah masih belum menentukan apa-apa keputusan.

“Prosiding ini masih jauh, saksi pula tidak sihat, ditambah pula dengan komen-komen seumpama itu, tertuduh juga belum didapati bersalah, mahkamah belum tentukan apa-apa, kamu sudah buat keputusan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian ( Noor Azlida Alimin) Via OMM

Share this:

Related posts:

  • Inilah 4 Benda Yang Sangat Berba’haya Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

  • Ada yang ‘s4kit hati’ tengok Maria Farida terlalu lawa, Pelbagai gelagat komen dari natizen

  • Pernah Ditolak Pinjaman Konon Rakyat Malaysia Tak Makan Burger, Kini Jualan Ramly Burger Cecah RM1 Bilion

  • 0rang Pertama Dibekukan H!dup2 Selama 54 Tahun. Dan Pada 2017 Yang Lalu Ekperimen Ini Menjadi Sebuah Sejarah Dunia

  • Bapa tunggal ini terpaksa berhenti kerja dan meng’emis sambil membawa anak kecil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme