Kamal Adli cuma bergurau pasal PTPTN, sekali Adam Adli datang komen. Teruk dia kena lepas tu…
Status terbaharu pelakon Kamal Adli di aplikasi Threads telah mencuri perhatian ramai hari ini.
Kamal secara berseloroh mendakwa sudah “cuba” untuk memansuhkan PTPTN, namun tersekat setakat pintu pagar Parlimen.
“Saya dah cuba nk mansuhkan pasal PTPTN tu.. Tapi lepas sampai guard Parlimen.. Diorg cakap Adli lain kat dalam…
“So sorry tau saya dah cuba. Bukan saya yang naik jadi menteri tu. Bukan saya yang bukak rembayung..” tulis Kamal.
ADAM ADLI DATANG KOMEN
Menariknya, status santai Kamal Adli itu telah mendapat respon daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang baharu, Adam Adli.
“ First time ke tu? Chill. You’ll get used to it. (Lama simpan resit ni)” tulis Adam Adli.
Menerusi komen itu juga Adam berkongsi salinan resit yang tertera namanya yang disalah tulis dengan nama Kamal Adli, menggambarkan beliau juga pernah mengalami situasi seperti Kamal.
RESPON WARGANET TERHADAP ADAM ADLI
Namun, walaupun ditulis dalam nada santai, status tersebut sebenarnya menyentuh isu yang sudah lama berlegar dalam masyarakat iaitu PTPTN.
Justeru tidak hairan menerusi komen Adam Adli, ramai warganet ‘tidak melepaskan peluang’ bertanya tentang PTPTN.
Tidak kurang juga yang mengecam dan memerli Adam Adli kerana isu PTPTN yang belum dapat dimansuhkan.
“Ohh ada dia reply sini. Bila nak tunaikan janji? Ramai menunggu dan menuntut ni, sampai salah orang.” tulis Shaza.
“Adam, PTPTN ni kalau kamal adli cakap dia jadi kelakar. Kalau kau cakap terus tak kelakar.” tulis Huz.
Sumber: threads kamal adli dan asia kini
