Luahan terbaru Jasmin Hamid, siapa sangka ini yg berlaku dan begini keadaan dia sekarang

Luahan terbaru Jasmin Hamid, siapa sangka ini yg berlaku dan begini keadaan dia sekarang..

“SAYA INI BUKAN ROBOT, SEPERTI MANUSIA LAIN, SAYA JUGA ADA HATI DAN PERASAAN!”

ADA berpandangan, golongan artis perlu terima sahaja apabila dikecam kerana itu cagarannya kalau menjadi orang terkenal. Namun, mungkin ramai yang terlupa bahawa golongan ini juga seperti kita, manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Jasmin Hamid misalnya, cukup pantang apabila dikecam. Malah, beberapa kali juga akaun TikTok pelakon ini disekat gara-gara bertelagah dengan netizen yang bertangan jahat, yang tanpa rasa bersalah menulis komen-komen dangkal untuk dengan tujuan mengguris perasaan orang lain.

“Ada yang kata kepada saya, jangan layan komen-komen macam itu. Mereka lupakah saya ini pun ada mata yang sengaja atau tidak pasti akan terbaca juga tulisan-tulisan yang menyakitkan hati.

“Saya ini bukan robot, seperti manusia lain, saya juga ada hati dan perasaan. Dan saya cukup pantang kalau yang berpandangan sebagai artis kena hadap sahajalah semua keburukan ini. Saya tegaskan, saya jadi anak seni bukan untuk dikecam.

“Saya tidak akan biarkan maruah saya dipijak. Beberapa kali akaun media sosial saya disekat kerana bertegang urat dengan netizen yang bermulut jahat ini. Cukup menghairankan ya, saya pula yang disekat kerana mempertahankan diri sendiri,” katanya.

Jasmin tidak menolak kurangnya didikan agama dan moral menjadikan sejumlah besar individu hari ini yang bersikap ‘kurang ajar’, dengan mudah mengeji, mengecam, menjatuhkan manusia lain lebih-lebih lagi di media sosial.

“Ini semua berbalik soal adab. Orang yang ada didikan agama dan kesedaran sivik tak akan ringan tangan menaip perkataan-perkataan yang tak senonoh ketika mereka menulis di ruangan komen,” kongsinya.

TAK ‘LAPAR’ GIFT

Bercakap mengenai pembabitan di TikTok, Jasmin meluahkan rasa sedih apabila ada pihak yang memandang hina golongan artis hanya disebabkan gift yang mereka terima dari peminat.

“Ada mulut jahat bercakap, katanya biasalah artis sendu, lapar gift sebab sudah tiada tawaran berlakon.

“Saya cukup terkesan dengan komen-komen begini. Ingat kami golongan artis ini hadap sangatkah gift itu? Orang yang bagi, bukan kami yang minta.

“Saya tidak nafikan memang ada terima gift dari peminat tapi tidaklah selalu. Orang yang bagi, bukan kita mengemis,” kongsinya lagi.

Sumber: utusan