Mau tak terkejut, tengah sibuk meniaga tiba-tiba kena peluk. Menangis terus Tauke lepas tu

Mau tak terkejut, tengah sibuk meniaga tiba-tiba kena peluk. Menangis terus Tauke lepas tu..

Perniagaan kecil-kecilan Tauke Jambu tular apabila gerai lempeng RM1 yang diusahakannya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Namun Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 49, berdepan ujian apabila enam meja di gerai lempeng miliknya di Pasir Penambang, Kuala Selangor, hilang dan dipercayai dicuri individu tidak dikenali minggu lalu.

Kata Tauke, dia terkejut apabila mendapati kesemua meja makan di premis kecilnya itu ‘lesap’ begitu sahaja.

AJAK SHIRO DATANG MELAWAT..

Atas nama persahabatan, pelawak dan penyampai radio, Ajak hadir memberi sokongan kepada rakannya iaitu Tauke.

Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 39, menganggap kunjungan tersebut bukan sekadar sokongan, tetapi sebagai tanda mengenang budi dan kebaikan yang pernah dicurahkan kepadanya suatu ketika dahulu.

“Bukan semua saudara kena sedarah, kadang-kadang kita jadi saudara kerana budi. Semoga Jambu yang kau tanam ini akan berbuah manis suatu hari nanti. Sama-sama sokong sahabat (Tauke) kita ini.

“Aku doakan kau terus berjaya, insya-Allah, dengan kerjaya baharu kau,” katanya di IG.

Dalam hantaran berkenaan, Ajak turut memuat naik video dia memeluk Tauke dari belakang sambil berkata “Kicap mana kicap”, dialog sinonim kumpulan Jambu.

Selain itu, Ajak turut membawa beberapa buah meja dan kerusi yang dipercayai untuk menggantikan barangan gerai yang telah dicuri baru-baru ini.

“Tauke Jambu, terima kasih dari hati yang dalam.

“Waktu aku masih bertatih, belum tentu arah dan belum jadi siapa-siapa, kaulah orang yang menghulur tangan tanpa berkira.

“Budi yang kau tanam waktu itu bukan kecil nilainya, malah menjadi tempat aku berpaut, menjadi teduh waktu panas dan menjadi payung waktu hujan,” ujarnya.

Sementara itu, Tauke Jambu turut membalas penghargaan tersebut dengan kata-kata penuh emosi, mengakui dirinya tersentuh melihat keikhlasan sokongan sahabatnya itu.

“Audio yang dia buat aku tenyeh mata yang tiba-tiba pedih (sedih), teringat… Walaupun kita guru, kira mengajar, tetapi pelajaran sebenar bukan datang daripada seorang guru.

Sumber: mstar