Memang cukup kesian tengok tengok ‘luahan’ Dato Red lepas kaw-kaw dia kena sound…
Ramai netizen berasa begitu simpati dengan Dato Red susulan pendedahan kakak kepada penyanyi Adira yang tidak bersetuju apabila bekas iparnya itu memfailkan permohonan rujuk di mahkamah.
Terdahulu, Emma Suhaimi, berkata permohonan untuk kembali bersama itu dilakukan secara paksaan selepas Adnan, atau mesra disapa Dato Red, menyatakan hasratnya beberapa kali.
KENA SOUND DENGAN KAKAK ADIRA
“Setahu kami apa yang kami lihat, tiada tanda-tanda rujuk sepanjang mereka bercerai. Malah, seminggu sebelum Adnan ke umrah, dia ada menyatakan hal ini secara tiba-tiba selepas cintanya ditolak.
“Dia memaksa dengan macam-macam cara sehingga ke tahap yang paling tidak selesa. Adira sudah mahu teruskan hidup, tetapi dia tidak dapat menerima hakikat itu.
“Adira sudah jumpa jalan keluar dan membawa haluan sendiri, namun Adnan pula membawa perkara ini ke mahkamah. Keluarga semua terkejut dan tidak bersetuju dengan hal ini.
“Adira layak bahagia, Adnan pun layak bahagia. Tetapi untuk membiarkan adik kami berada di tempat yang sama dengan drama yang tidak berkesudahan, masalah yang tiada penghujung, berjuang sendirian… bertahan bukan lagi pilihan.
“Buat Adnan, bila tidak mampu memberi bahagia, jangan hulurkan sengsara dan sakit yang berpanjangan,” tegasnya.
Dalam satu hantaran berbeza, Emma turut memberitahu tindakan Adnan itu seolah-olah membelakangi keluarga kerana dibuat tanpa perbincangan awal.
“Yang kami tuntut adalah hormat. Kalau betul mahu rujuk, kenapa tidak beri khabar kepada keluarga? Setahu kami, mak pernah bertanya tentang isu ini kerana di media sosial ada cakap mengenai teman wanita dan teman lelaki.
“Tetapi jawapan yang diberikan adalah mahu menyelesaikan perkara penting terlebih dahulu. Kami sudah lama menunggu. Menanti bukan lagi pilihan kami.
“Kami tidak menghalang tindakan ke mahkamah itu. Tidak salah jika mahu tahu status sah atau tidak. Tetapi yang tidak betul apabila satu keluarga di Sabah terkejut,” luahnya.
Sebelum ini, Adnan menerusi peguamnya memaklumkan telah memfailkan pengesahan rujuk terhadap Adira pada Rabu.
Adira juga memberi respons bahawa dia terkejut kerana tidak mengetahui tindakan bekas suaminya itu.
DATO’ RED MUAT NAIK STATUS INI.
Sementara itu, susulan pendedahan kakak Adira hari ini yang menjadi perhatian ramai, Dato’ Red dilihat memuat naik satu status di Instagram beliau.
“Kita senyap….” tulis Dato’ Red berserta video beliau yang berlatarkan lagu Jangan Tangisi Kepergianku.
Malah dalam video tersebut dapat dilihat wajah suram dan pilu Dato’ Red yang merenung pemandangan malam bandaraya Kuala Lumpur.
Di ruangan komen ada yang memberi kata-kata semangat. Tidak kurang yang memahami kekecewaannya yang seolah gagal untuk memenangi kembali hati Adira.
Sumber: mstar dan ig dato red
