Rupanya ramai salah faham selama ni. Terjawab hubungan sebenar antara Ernie dengan Ziana…
Mungkin ramai dah tahu, Bintang Paling Popular 2025, Ernie Zakri, 33, memiliki pertalian darah dengan penyanyi dua beradik, Ziana dan Anuar Zain.
Bak kata pepatah, `ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’, begitulah perumpamaan keluarga berdarah seni ini.
Menurut Ernie, beliau memanggil Ziana dengan gelaran Mak Long, sementara Anuar pula Pak Ngah.
“Mak Long lebih baik dengan mama saya. Mak Long perangainya memang seperti kita tahu, sangat happy go lucky dan ‘gila-gila’… Pendek kata, macam ‘mak-mak’.
“Saya pula lebih akrab dengan Anuar kerana kebetulan kami belum berkahwin (keratan diambil sewaktu Ernie belum berkahwin). Selalunya, ada masa saya dan Pak Ngah melepak sambil minum kopi… Selalulah kami lepak bersama.
“Cuma apabila Pak Ngah sibuk seperti sedang menyiapkan album, masa untuk bersama itu tiada,” katanya sebelum ini.
HUBUNGAN SEBENAR ANTARA ERNIE DENGAN ZIANA DAN ANUAR ZAIN.
Menerusi ruangan komen di media sosial, agak ramai yang agak keliru dengan hubungan sebenar antara Ernie dan Ziana kerana ramai beranggapan Ziana adalah ibu saudara kepada Ernie.
Secara betulnya, pangkat ibu/bapa saudara digunakan jika ibu Ernie ada hubungan adik beradik dengan Ziana. Tapi tidak.
Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed sebenarnya adalah sepupu kepada Ziana dan Anuar Zain. Jadi pangkat Ernie yang tepatnya adalah anak sepupu.
ERNIE ANAK SEPUPU ZIANA, TAPI PANGGIL ‘ANAK SAUDARA’
Namun tidak ada yang salah pun sebenarnya. Penggunaan panggilan ibu/ bapa saudara adalah sinonim digunakan oleh masyarakat belah pantai barat terutama di Melaka meskipun hubungan anak sepupu.
Sementara masyarakat di sebelah pantai timur pula kebiasaannya memanggil dengan gelaran yang tepat seperti anak sepupu, mak sepupu atau dua pupu.
Jadi mungkin itu saja yang menjadi kekeliruan peminat. Harap maklong.
-asia kini-
