“Sampai kiamat pun tak settle masalah!” – Rita Rudaini

“Sampai kiamat pun tak settle masalah!” – Rita Rudaini

“Sila BUAT…jangan cakap saja..kerana MASALAH NAFKAH ni dari zaman dulu lagi…sebab tu arwah2 ni smua berani buat sesuka hati!”

Itu perkongsian terbaru pelakon Rita Rudaini di Instagram beliau yang mencuri perhatian ramai.

Rita menulis luahan itu sambil berkongsi keratan artikel berhubung kenyataan menteri agama tentang kemungkinan tindakan sitaan kewangan terhadap bekas suami yang culas membayar nafkah.

“Culas bayar NAFKAH sepatutnya pejabat agama jangan bagi nikah lain selagi hutang dorg pada bekas isteri dan anak2 tak setel..

“Buat macam LHDN..tak byr cukai, tak boleh travel luar negara Tak bayar loan, tak boleh buat pinjaman..

“Gagal byr hutang, bankrup! Kalau tidak, sampai kiamat pon tak setel masalah TANGGJAWAB ni!”, tulis Rita.

Sebagai rekod, Rita Rudaini sendiri bergelar ibu tunggal sejak 2013, selepas bercerai dengan bekas suami, Aidil Zafuan, yang dinikahinya pada 2008.

Sejak itu Rita dilihat kerap berjuang menuntut hak nafkah anak-anak dari bekas suaminya.

Sejak itu Rita