Uqasha siap cakap “ada nampak aku dengan org lain?”. Dan siapa sangka begini respon Kamal Adli..
Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa kecewa apabila dirinya menjadi mangsa fitnah oleh seorang individu di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Uqasha berkongsi tangkap layar komen seorang netizen yang mendakwa anaknya, Hawra Uqaira bukanlah anak kepada suaminya, Kamal Adli.
“Entah-entah anak orang lain yang dia kandung, tapi Kamal tutup maruahnya dengan tidak beri apa-apa kenyataan”, tulis individu terbabit.
Individu tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa kononnya Kamal hanya bertindak menutup maruah isterinya itu dengan mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Ya Allah pada malam 1 Rejab ni, aku difitnah sebegini teruk. Ya Allah kerana dia, aku dengan anak jadi begini teruk.. Ya Allah kecewanya.”
Sebelum itu, Uqasha turut membalas komen tersebut dan menegaskan bahawa sekiranya benar dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dia tidak akan sanggup bertahan dalam perkahwinannya selama ini.
“Kalau nak jantan lain tak adalah sanggup bertahan? Dan ada nampak saya ada orang lain?” luah Uqasha.
KAMAL ADLI TAK BERDIAM DIRI, BERI RESPON KEPADA PEMFITNAH
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Threads, Kamal Adli turut memberi respon kepada isu yang sama disuarakan Uqasha.
“Salam.. Ini sangat2 melampauu.. Terlalu melampu untuk manusia normal dan sebagai muslim.
“Itu anak kandung saya. Tolong manusia. Kalau takde apa baik nak tulis.. Tolong jangan sampai tahap ni (fitnah)” tulis Kamal Adli.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: ohbulan dan threads Kamal Adli
