Penyanyi Fyna Jebat tampil meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang didakwa telah melampaui batas.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Fyna atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat mendakwa dirinya disimpan selama empat tahun oleh seorang individu yang tidak didedahkan identitinya.
Selain itu, Fyna turut memberi bayangan bahawa individu terbabit pernah melakukan sesuatu yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya serta anaknya yang kini hampir berusia dua tahun.
Aku rasa lama dah aku diam.
Kawan aku call nak bagi duit raya, mula kau meroyan sampai campak telefon aku ke?
Terpaling tersakiti kau ya. Kemain asal gaduh cakap nak fight. Habistu kau nak aku buka buku kau ke macam mana?
Kau salah orang nak fight. Empat tahun simpan aku, kau fikir balik apa kau buat pada aku dan anak aku sampai nak masuk dua tahun dah dia.
Justeru itu, adik kepada penyanyi Ayda Jebat memilih untuk menyelesaikan isu yang berbangkit melalui saluran mahkamah sekali gus menitipkan pesanan kepada individu terbabit agar tidak terlalu mendongak ke langit.
Macam kau tiada kawan perempuan, macam kau terpaling suci. Kalau kau rasa terpaling suci, pergi jujur pada isteri kau. Sampai bila pula hidup aku nak jadi simpanan.
Sampai anak aku 20 tahun ke nak simpan? Kali ini tiada muka dah untuk kau ya.
Sila hadirkan diri di mahkamah bulan empat ya. Jangan rasa terpaling suci sampai terlupa adil.
