“Yang haram tetap haram..” Pempengaruh muat naik video bertatu, dedah alami tekanan hidup punca segalanya

:Pesanan Buat Iman Kamil, Ini Nasihat Iddin Ramli Tentang Ujian Hidup

Isu melibatkan pempengaruh media sosial, Iman Kamil yang dikatakan mencacah tatu di bahagian tangan baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang terkejut, ada juga yang mengambil pendekatan menasihati secara baik.

Antara yang tampil memberikan pandangan ialah pendakwah dan pempengaruh media sosial, Iddin Ramli. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Iddin berkongsi pesanan yang cukup mendalam berkaitan ujian hidup dan keimanan seseorang.

Menurut Iddin, setiap ujian yang datang dalam hidup manusia bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Sebaliknya, ia hadir dengan tujuan tertentu — untuk menguji dan menguatkan iman.

“Isu Iman Kamil bertatu. Rupanya dia pernah DM saya pada 2020 untuk minta pandangan dan nasihat. Hidup kita ini memang sarat dan penuh dengan ujian. Dalam al-Quran pun disebut, walaupun kita beriman, tidak bermakna hidup ini bebas daripada ujian.”

Tambahnya lagi, semakin seseorang itu berusaha menjadi baik atau beriman, semakin banyak cabaran yang akan dihadapi.

“Lagi baik atau beriman seseorang itu, lebih banyak masalah akan datang. Apa tujuan semua ini? Ia adalah untuk mengesahkan iman dalam diri kita.”

Iddin menjelaskan bahawa beriman ketika hidup dalam keadaan senang adalah sesuatu yang mudah. Namun, hakikat sebenar keimanan seseorang akan teruji apabila berdepan kesusahan dan dugaan.

“Kalau kita beriman ketika tidak diuji, itu senang. Tapi bila diuji, di situlah kita akan nampak siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang hanya berpura-pura.”

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa setiap ujian yang berlaku pasti mempunyai hikmah yang tersendiri. Tidak ada satu pun yang terjadi tanpa sebab.

Sebagai penutup, Iddin mengingatkan bahawa ganjaran besar menanti mereka yang berjaya menghadapi ujian dengan sabar dan keimanan yang teguh.

“Kalau berjaya mengharungi ujian itu, Allah akan bagi syurga buat kita.”

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ramai yang bersetuju bahawa nasihat itu bukan sahaja ditujukan kepada Iman Kamil, tetapi juga sebagai peringatan untuk semua.