Kurang tawaran menyanyi, tak sangka lihat keadaan Shima sekarang. Kini cari rezeki dengan

Penyanyi Shima memberitahu dia kini sudah tidak lagi meniaga makanan sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada bidang seni suara.

Meskipun sudah kembali aktif menyanyi, namun Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 57, berkata sehingga kini tawaran masih kurang lebih-lebih lagi selepas tidak lagi berhijab.

Ini kerana masih ramai yang beranggapan Shima masih belum mempunyai kekuatan untuk menyanyi memandangkan pernah mengalami ‘slipped disc’.

“Selepas buat perubahan pada imej dan aktif menyanyi di TikTok, saya masih kurang dapat tawaran menyanyi.

“Mungkin kerana pihak penganjur ingat saya masih sakit.

“Ramai yang masih takut dan ingatkan saya tidak boleh menyanyi.

“Penyakit saya ini tiada kena mengena dengan suara,” katanya kepada mStar.

SUMBER PENDAPATAN SHIMA SEKARANG…

Shima juga berkongsi tentang sumber pendapatannya sekarang selepas mengakui kini tidak lagi berniaga nasi.

“Saya dah lama tak meniaga. Ada juga (income) dari menyanyi, selain itu adik angkat ada juga bantu. Suami pun bekerja.

“Dari segi bidang nyanyian, belum ada lagi. Tahun lepas akak ada keluar lagu single Tiada Erti. Tapi lagu tu macam tersekat sebab tiada promosi.

“Harap selepas ramadan ini akan ada perkembangan lah.” luah Shima.

Ditanya tentang imejnya yang tidak lagi berhijab, Shima berkata beliau tidak mengambil sikap tidak melayan terhadap segala komen negatif tersebut.

“Pengakhiran kita tiada siapa yang tahu. Itu saja yang akak boleh cakap”, akhiri Shima.

Sumber: mstar